Total Pageviews

Friday 11 April 2014

Pentandingan Blog 2014

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya
   



         Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu
perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan
keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa
di jalan raya.




           Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat
untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah.
Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara yang
wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah
melintas. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang. Kedua,
lihat ke kanan dan ke kiri. Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak. Kelima, melintas dengan
berwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan
warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan
keselamatan kita semasa di jalan raya. Perbuatan melintas jalan tanpa
menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. jika 
melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu isyarat

undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang hijau
bernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua
buah kenderaan yang diparkir.





        Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi
keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada tercedera.
Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan
perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tangan
apabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda
semasa menunggang basikal di jalan raya.
Sebagai penumpang kenderaan, kita haruslah sentiasa memakai tali
pinggang keledar. Begitu juga jika turun dari bas, pastikan bas beredar
dengan sepenuhnya sebelum melintas jalan.
Semua pengguna jalan haruslah bertanggungjawab akan
keselamatan diri sendiri. Pastikan sentiasa memakai pakaian berwarna
cerah atau terang untuk meningkatkan kebolehlihatan pada bila-bila
masa. Undang-undang dan peraturan jalan raya haruslah sentiasa
dipatuhi.


                                         

No comments:

Post a Comment